Wednesday, August 21, 2013

TUGASAN MTE 3115 - KAJIAN TINDAKAN II PELAPORAN



Tugasan  (100%)
Pelajar hendaklah menghasilkan satu laporan Penyelidikan Tindakan yang lengkap berdasarkan data yang telah dikumpul.  Penyelidikan yang akan dihasilkan ini adalah  berdasarkan kertas cadangan yang telah dibuat dalam Penyelidikan Tindakan 1.  Laporan Penyelidikan Tindakan yang dibuat perlu dipersembahkan  dalam satu seminar yang akan dianjurkan oleh pelajar. Setiap pelajar akan menyerahkan satu laporan akhir  dalam bentuk bahan bercetak yang telah dijilid. Panjang laporan Penyelidikan Tindakan anda hendaklah tidak melebihi  daripada  10000 patah perkataan.

Tugasan  1:   Melaksanakan Penyelidikan Tindakan di Sekolah dan Menulis Dalam bentuk Laporan
Pelajar hendaklah melaksanakan satu Penyelidiakan Tindakan berdasarkan kertas cadangan yang telah dibuat dalam Penyelidikan Tindakan 1. Laporan akhir yang telah lengkap hendaklah dihantar pada 23 September 2013.
Pemberatan : 70%
Tarikh Hantar: 23 September 2013
Panjang: Tidak melebihi 10 000 patah perkataan
Tugasan  2:  Mengorganisasi satu seminar  dan mempersembahkan Laporan kertas penyelidikan tindakan dalam seminar yang dianjurkan.

Pelajar hendaklah mempersembahkan laporan akhir Penyelidikan Tindakan dalam satu seminar yang akan dianjurkan sendiri oleh pelajar. Persembahkan dapatan anda dalam bentuk MS Power Point. Peruntukan masa hanya diberi 15 hingga 20 minit sahaja iaitu untuk sesi  pembentangan laporan (10 minit), sesi soal jawab (5 minit) dan maklumbalas bersama rakan dan pensyarah (5 minit). Pelajar boleh melakukan penambahbaikan terhadap Penyelidikan Tindakan berdasarkan maklumbalas yang diterima.
Pemberatan: 30%

Tarikh pembentangan seminar :  18 November 2013 – 22 November 2013
Jumlah slide:  10 – 15 slide
Tugasan 3: Penyediaan Folio
Anda hendaklah menghantar satu folio yang mengandungi bahan-bahan berkenaan penyelidikan anda. Sediakan satu Carta Gant dan  bajet yang mengandungi keseluruhan kos penyediaan Penyelidikan Tindakan anda.
Tarikh penghantaran folio :  22/11/2013
Tugasan anda perlu mengikut perkara berikut:
  1. Tugasan ini adalah secara individu.
  2. Rujukan anda hendaklah mengikut format APA
  3. Laporan yang dihasilkan mestilah mematuhi garis panduan yang dikeluarkan oleh IPG iaitu “Panduan Penyediaan Laporan Penyelidikan Tindakan”
  4. Laporan anda hendaklah di hantar mengikut tarikh yang telah diberi. Markah akan ditolak sekiranya anda menghantar lewat dari tarikh yang telah ditetapkan.