Wednesday, August 21, 2013

TUGASAN EDU 3108 - ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU



Tugasan 

Setiap sekolah memerlukan pemimpin yang berupaya mempengaruhi aktiviti individu atau kumpulan ke arah mencapai objektif yang telah ditetapkan. Kepemimpinan guru juga  penting untuk menjana perubahan ke arah peningkatan profesionalisme guru di sekolah.

Berdasarkan pernyataan di atas:
Tugasan secara Individu

1. Sediakan satu pengurusan grafik digital tentang jenis-jenis kepemimpinan guru berdasarkan kepada bahan rujukan kepemimpinan guru.
     (20 markah)

2. Melalui pemerhatian anda semasa di sekolah, ulas secara kritis tentang gaya kepemimpinan guru besar/pemimpin guru di sekolah tersebut dan kaitkannya dengan teori-teori kepemimpinan berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan.            
                                                                                                                                                                                   (40 markah)

3. Sebagai guru besar/pemimpin guru, cadangkan tindakan-tindakan bagi peningkatan profesionalisme guru di sekolah tersebut. Beri justifikasi atas cadangan anda berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan.          
(40 markah)


Panduan Pelaksanaan Tugasan Kerja Kursus

1.            Tugasan  ini adalah tugasan individu.
2.            Tugasan       (1)   :    pengurusan grafik digital  tentang jenis-jenis kepemimpinan guru.
           (2)  :    ulasan kritis gaya kepemimpinan guru besar/pemimpin guru
 di sekolah dan kaitkannya dengan teori-teori kepemimpinan
(3)   :    esei tentang cadangan tindakan-tindakan bagi meningkatkan profesionalisme guru di  sekolah serta justifikasinya.
3.          Ulasan kritis (Tugasan 2) dan penulisan esei (Tugasan 3)  antara 1500-2000 patah perkataan setiap satu.

4.          Format  penulisan tugasan adalah seperti berikut:
i.          Font Arial
ii.         Saiz huruf ialah 11
iii.        Langkau satu setengah baris.
iv.        Rujukan mengikut format  A.P.A
v.         Lampiran
5.            Semua tugasan  di atas  hendaklah dihantar secara  binding biasa .
6.            Keseluruhan penulisan perlu menunjukkan keaslian, kematangan hujah dan berbentuk
           ilmiah.

7.            Amalan plagiat tidak dibenarkan.

8.            Markah KK akan ditolak jika  dihantar selepas tarikh penyerahan.

9.       Tarikh serahan tugasan:  18 NOVEMBER 2013
10. Bahagian kulit  luar hendaklah dilengkapkan dengan maklumat berikut:
·                     NAMA PELAJAR
·                     ANGKA GILIRAN :
·                     NO.KAD PENGENALAN
·                     KUMPULAN / UNIT 
·                     KOD DAN MATA PELAJARAN : (EDU 3108 : ASAS KEPEMIMPINAN DAN PERKEMBANGAN PROFESIONAL GURU)
·                     NAMA PENSYARAH KURSUS:
·                     TARIKH SERAH
·                     KULIT  LUAR : WARNA KUNING
11.       Tugasan ini membawa markah 100  dan  wajaran 50 %
 
Tugasan Yang Baik Harus Menunjukkan Kriteria-Kriteria Berikut:

1.  Liputan isi kandungan yang menyeluruh, konsisten dan terperinci.
2.  Tugasan anda haruslah meliputi perkara berikut:
(a)    :   Pengurusan grafik digital yang jelas, kreatif dan dapat mencerakinkan   jenis-jenis  kepemimpinan daripada bahan yang dirujuk dengan amat jelas dan lengkap.
                               (b)  :  Ulasan kritis gaya kepemimpinan guru besar/guru di sekolah  dan kaitkannya dengan teori-teori kepemimpinan berdasarkan dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang berkaitan.              
(c)    :   Cadangan tindakan-tindakan bagi  peningkatan profesionalisme yang bermakna dan praktikal berdasarkan konteks sekolah yang telah dikaji serta justifikasi cadangan peningkatan profesionalisme yang  kukuh dan disokong oleh teori/dapatan penyelidikan dan bahan rujukan yang relevan.           .
      Kriteria Pentaksiran:
      Tugasan akan disemak berdasarkan rubrik pentaksiran yang disediakan.

SHAMSIAH MD NASIR
Ketua Jabatan
Jabatan Ilmu Pendidikan
Institut Pendidikan Guru
Kampus Pendidikan Teknik
Kompleks Pendidikan Nilai
71760 Bandar Enstek
Negeri Sembilan Darul Khusus

Tel No.:  06-797 9600 ext. 9633
Fax No.: 06-797 9699