Wednesday, August 21, 2013

TUGASAN MTE 3114 - APLIKASI MATEMATIK



Tugasan  : BUKU KOLEKSI SEJARAH MATEMATIK
Tarikh Mula : 1hb Oktober  2013   Tarikh Hantar : 18 hb November 2013

Aplikasi Matematik adalah merupakan satu platform penggunaan ilmu Matematik dalam kepelbagaian bidang seperti kalkulus, algebra, geometri dan statistik. Sebagai seorang guru anda perlu mengenali asas perkembangan konsep sesuatu bidang dengan lebih mendalam. 

(A) Soalan Tugasan
Tugasan ini dibuat secara individu dengan memenuhi kriteria berikut :
1.       
 Anda dikehendaki menghasilkan satu Buku Koleksi Sejarah Matematik yang menarik dan meliputi butiran di bawah.
2.      
  Huraikan sejarah perkembangan Matematik dan idea asas perkembangan bidang pilihan samada kalkulus, algebra atau geometri dari awal hingga ke era moden dengan menggunakan salah satu konsep peta pemikiran(i-Think).
3.       
 Setiap huraian perlu disertakan bukti dengan mengenalpasti siapa ahli Matematik yang menjumpai atau memperkembangkan konsep , hukum, teori atau rumus yang terbina dengan melampirkan bahan bacaan berkaitan. (Contoh : Era awal- Archimedes , Phytagoras . Era moden : Gauss, Mc Laurin) 
4.         
Huraikan dua contoh konsep , hukum, teori atau rumus yang terbina dengan kaedah penyelesaian yang berkaitan dari bidang yang anda pilih.
5.      
  Sediakan slaid persembahan berkaitan Buku Skrap yang anda hasil sekurang-kurangnya (minima)  20 slaid
Setiap pelajar perlu membentangkan semasa kuliah pada 29 hb Nov 2013 (Jumaat) .
6.         
Sertakan sekurang-kurangnya tiga rujukan utama samada dari buku, jurnal dan majalah berkaitan dan disertakan salinan halaman berkaitan atau sebahagian daripadanya dalam Buku Koleksi Sejarah Matematik anda.
7.        Rujukan kedua dari dalam talian juga boleh digunakan tetapi perlu jelas sahih penulis dan laman web yang digunakan sebagai rujukan. Wikipedia tidak boleh digunakan sebagai rujukan.
8.        Penulisan adalah berbentuk ilmiah bergantung kepada kreativiti anda sebagai penulis dan unsur ceria adalah diutamakan.

Tarikh akhir hantar : 18 hb November 2013 (Isnin) - tempoh 4-6 minggu
Tarikh Persembahan : 29 hb November 2013 (Jumaat) 


(B)  Keperluan Tugasan

1.          Projek anda mesti mengandungi TAJUK / PENGENALAN  / KESIMPULAN yang relevan.
2.          Indeks kandungan wajib disertakan.
3.          Sebarang peniruan tugasan adalah tidak dibenarkan dan plagiat adalah dilarang sama sekali.
4.          Senarai rujukan mesti menggunakan format APA.
5.          Tugasan ini hendaklah ditaip dengan menggunakan double spacing dan font Arial bersaiz 12.
6.          Bilangan maksima Buku Skrap yang dihasilkan adalah tidak melebihi 30 mukasurat  dan lampiran tidak dikira sebagai mukasurat.
7.          Kulit muka tugasan perlu mengandungi maklumat berikut :

a)    Nama pelajar
b)    No.Kad pengenalan
c)    No Angka Giliran
d)    Kumpulan Ambilan
e)    Tajuk tugasan sebagai contoh : Koleksi Sejarah Matematik - Kalkulus
f)     Nama pensyarah
  


(C)Tugasan yang baik dapat menunjukkan :
1.            Isi kandungan yang lengkap dan dapat difahami dengan jelas.
2.            Pemahaman yang mendalam tentang topik yang dibincangkan dan huraian permasalahan yang dipilih adalah jelas.
3.            Bukti pembacaan telah dibuat dan dari pelbagai sumber.
4.            Dapat memberikan pendapat yang bernas.
5.            Kemahiran menulis bahan rujukan dengan baik.
6.            Mementingkan keaslian.
7.            Penggunaan bahasa yang sesuai.