Wednesday, August 21, 2013

TUGASAN EDU 3109 - GURU DAN CABARAN SEMASA

"Guru yang berkualiti adalah guru yang berinovasi. Ketika berada di dalam bilik darjah, guru berinovasi tidak akan terikat dengan sesuatu cara dalam melaksanakan pengajaran dan pembelajaran tetapi sentiasa berfikir di luar kotak "......... " Kerajaan tetap mengambil perhatian serius terhadap keluhan guru yang terbeban dengan pelbagai tugas dalam memastikan kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah ".

Teks Ucapan YAB Tan Sri Dato' Hj. Muhyiddin Hj Mohd Yassin
Timbalan Perdana Menteri Merangkap Menteri Pelajaran Malaysia
Majlis Pelancaran Perayaan Hari Guru Kali ke-14

Berdasarkan teks ucapan di atas :

1. Bebanan guru dalam pelbagai tugas mengganggu kelancaran dan keberkesanan organisasi sekolah. Kenalpasti jenis-jenis dan punca-punca tekanan emosi dalam kalangan guru melalui pengalaman anda semasa anda berada di sekolah. Sediakan satu penulisan akademik. (20m)

2. Sebagai seorang guru yang berkualiti dan berinovasi, hasilkan satu inovasi pengajaran dan pembelajaran berbentuk digital berdasarkan matapelajaran yang diajar. Bentang dan beri kan justifikasi bagaimanakah inovasi digital yang anda hasilkan dapat menggalakkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid serta melancarkan tugas guru. (80m)

En. Tan Teck Seng
Penyelaras Kursus EDU 3109
Jabatan Pendidikan
IPGM Kampus Pendidikan Teknik