Pn. Zaleha bt Fadzil
En. Ab Rahim
En. Kamaruddin
En. Ab Rahim
En. Kamaruddin
SOALAN:
1. Kandungan
kursus ”Pengajaran Kemahiran Bahasa
Melayu Sekolah Rendah” menghuraikan kemahiran mendengar dan bertutur,
kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik pengajaran
kemahiran membaca, penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca, penilaian
kemahiran membaca, kemahiran menulis, pendekatan pengajaran kemahiran menulis,
kemahiran mengarang, prosedur pengajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar
dan penilaian pengajaran kemahiran menulis.
Secara individu
anda dikehendaki:
i. Menjelaskan Konsep,
Objektif , Proses dan Bentuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
ii. Menghurai peringkat penguasaan , Unsur dan
Faktor Keberkesanan serta Prinsip Pengajaran yang merangkumi pendekatan,
kaedah dan teknik
pengajaran yang sesuai.
ii. Menyediakan satu rancangan pengajaran
dan pembelajaran berdasarkan aktiviti mendengar dan bertutur, objektif,
langkah-langkah
sebelum, semasa dan selepas aktiviti
pengajaran dan pembelajaran, prinsip pembinaan dan penggunaan
bahan pengajaran dan pembelajaran berserta bahan sumber yang sesuai dalam pengajaran-pembelajaran Bahasa Melayu di dalam
bilik darjah.
iii.
Dengan menggunakan ‘MS Power point’ bentangkan tugasan yang telah
disediakan.
PANDUAN
- Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.
- Hasil Kerja Kursus Projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
- Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan APA.
- Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran.)
- Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan.
- Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat berikut:
- Nama Pelajar
- Angka Giliran
- No. Kad Pengenalan
- Kumpulan/Unit
- Kod dan Mata Pelajaran
- Nama Pensyarah Pembimbing : Pn. Zaleha binti Fadzil, En. Kamarudin bin Tahir dan En. Ab Rahim bin Md Yasin