Saturday, July 7, 2012

TUGASAN SEM 6 MTE 3110 LINEAR ALGEBRA


Pn. Helizan Zainal 
 
A.  Peta Minda  (Individu 30%)
Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang persamaan dan ketaksamaan linear. Tugasan ini memerlukan pelajar memahami secara mendalam mengenai persamaan dan ketaksamaan linear.
Sub tugasan
1.         Anda dikehendaki membina   peta minda.
2.         Peta minda anda perlu merangkumi tajuk-tajuk berikut:
2.1             Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear
                                  2.1.1 Menyelesaikan persamaan linear
                                         2.1.1.1 Kaedah Penghapusan
                              2.1.1.2 Kaedah Gantian
                              2.1.1.2 Kaedah Gauss - Jordan

                                2.1.2  Ketaksamaan linear dan pengaturcaraan linear
                              2.1.2.1 Sistem homogen
                              2.1.2.2 Penggunaan persamaan dan ketaksamaan linear
3.         Kumpulkan maklumat daripada sekurang-kurangnya tiga jenis sumber seperti buku, modul-modul dan laman sesawang  berkaitan.

 
B. Tajuk  :      Aliran Trafik  bagi satu kawasan terpilih   (Berpasangan 70%)                                                             
Gambarajah di bawah menunjukkan aliran trafik di sebuah pekan. Anggapkan aliran sentiasa positif.

(i)            Bentukkan sistem persamaan linear dengan x1,x2 ,x3 dan x4 .
(ii)           Dapatkan penyelesaian yang optimum bagi sistem persamaan linear dengan menggunakan operasi baris permulaan.
(iii)          Anda juga dikehendaki  menyelesaikannya dengan menggunakan perisian komputer  dengan menggunakan perisian Linear Algebra Toolkit yang boleh diakses melalui laman web http://www.math.odu.edu/~bogacki/lat/ .
(iv)         Buat perbandingan  di antara kaedah penyelesaian secara manual dengan penyelesaian menggunakan perisian komputer. Huraikan kekuatan dan kelemahan setiap kaedah yang anda telah gunakan.
(v)          Jika aliran trafik ke dihadkan kepada 22 buah kereta sejam. Apakah perubahan aliran trafik pada AB?
(vi)         Apakah julat bagi aliran trafik melalui AB?
Aspek-aspek terperinci mengenai tugasan
i.          Anda perlu menjalankan kerja kursus ini secara  individu bagi tugasan A dan berpasangan bagi tugasan B
ii.          Tugasan ini perlu di hantar dalam bentuk folio yang mengandungi perkara-pekara berikut:
·         Profil Pelajar
·         Isi Kandungan
·         Pelan Tindakan Tugasan
·         Pengenalan
·         Peta Minda
·         Penutup/Rumusan
·         Refleksi individul
·         Bibliografi
·         Borang kolaborasi

           iii.        Tulis refleksi individu mengenai pengalaman anda sepanjang pejalanan projek ini.
Garis Panduan
·         Format laporan : font Arial  saiz 12 dengan langkau baris 1.5
·         Bibliografi : Rujuk Format APA
·         Plagiarisma tidak dibenarkan
·         Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy
·         Muka depan laporan adalah seperti berikut;
§  Logo dan nama institut
§  Nama pelajar .
§  Nombor Angka Giliran
§  Nombor Kad Pengenalan
§  Kumpulan/unit
§  Nama Pensyarah
§  Tarikh Hantar

·         Tarikh hantar : 24 OGOS  2012