Saturday, July 7, 2012

TUGASAN SEM 6 MTE 3109 – MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS

 Pn. Tengku Noor Zima
Pn. Parimalarani

Kerja kursus ini memberi pengalaman mengajar yang baik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan  dan peratus. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu mengajar untuk topik-topik ini.
Bagi projek ini, anda dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berserta dengan bahan bantu mengajar untuk digunakan bersama aktiviti p&p yang dirancang.  Pelajar dikehendaki membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro dalam kelas. Pelajar juga perlu membuat suatu refleksi keseluruhan berdasarkan pengalaman anda melalui kerja kursus ini. Wajaran markah untuk kerja kursus ini ialah 60% daripada jumlah markah penilaian  kursus ini.

Bagi melengkapkan projek ini, berikut adalah senarai tugas secara terperinci yang perlu dilaksanakan.  Anda akan laksanakan tugasan ini dalam kumpulan dua orang.

1.            Rekacipta  empat aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dan satu permainan
matematik untuk  topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus seperti berikut :
Dua aktiviti bagi topik Nombor,
Dua aktiviti bagi topik  Pecahan, Perpuluhan atau Peratus,
Satu permainan dari mana-mana topik.

2.            Agihan topik dan kemahiran akan dibuat oleh pensyarah.

3.            Setiap aktiviti perlu dihuraikan mengikut format di bawah:
            (i)         Topik
            (ii)        Objektif
            (iii)       Tahap
            (iv)       Bahan-bahan ( nama bahan bantu utama dan bahan/alat lain yang
diperlukan untuk menjayakan aktiviti)
            (v)        Prosedur melaksanakan aktiviti (berserta illustrasi)

4.            Bina juga satu set bahan bantu mengajar yang akan membantu pengajaran
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam (1) .
      Bahan bantu tersebut mesti menepati ciri-ciri berikut:
·         Menarik, versatil, mudah alih, boleh digunakan semula, tahan, berkualiti, kos rendah dan efektif.

5.            Permainan matematik harus menarik, hasil idea dan kreativiti sendiri dan
bahan-bahannya disediakan dalam kuantiti yang mencukupi untuk satu kumpulan 5-6 pelajar bermain.
6.   Laksanakan sebarang 2 aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
      permainan matematik dalam sesi pengajaran mikro dalam kelas.

7.   Tulis refleksi berdasarkan pengalaman anda sepanjang kerja kursus ini. Dalam refleksi anda, bincangkan kesesuaian, kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan  permainan matematik kumpulan anda. Bincangkan juga keberkesanan bahan bantu mengajar anda. 

8.   Setiap kumpulan juga perlu menghantar borang kolaborasi sebagai bukti kerjasama antara ahli kumpulan.

9.   Semua bahan yang dirujuk mesti disertakan sebagai bukti pencarian maklumat.

10. Bibliografi mesti dicatatkan mengikut format APA. Gunakan fon Arial, saiz 12 dan jarak 1.5.

10. Hantar laporan kerja kursus bersama bahan bantu mengajar. Sertakan juga  gambarfoto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu mengajar. Laporan mesti mengandungi:

            (i)         Mukasurat kandungan                               (vi)       Refleksi
(ii)        Biodata pelajar                                             (vii)      Borang Kolaborasi
            (iii)       Pengenalan                                                  (viii)     Rujukan
            (iv)       Aktiviti pengajaran dan pembelajaran     (ix)       Lampiran -  gambarfoto
            (v)        Permainan matematik

      11. Satu salinan softcopy kerjakursus juga perlu dipautkan dalam bentuk cd.

AGIHAN TAJUK :


Standard Kandungan


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 3.1 Pecahan
Ø  Tahun 6 Learning objectives : Menghubungkait pecahan dan perpuluhan kepada peratus


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 6.1 Pecahan
Ø  Tahun 5 Learning objectives Menghubungkait pecahan dan perpuluhan kepada peratus


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 6.2 Pecahan
Ø  Tahun 5 Learning objectives: Memahami dan menggunakan peratusan


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 6.3Pecahan
Ø  Tahun 5 Mengenal nilai tempat perseribu


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 4 Learning Objectives: Menyatakan pecahan setara untuk pecahan wajar
Ø  Tahun 4 Pembahagian nombor perpuluhan


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 4 Learning Objectives: Menambah pecahan wajar
Ø  Tahun4 Pendaraban nombor perpuluhan





Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.5 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 2.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 4 Learning objectives: Menolak pecahan wajar
Ø  Tahun 4 Penolakkan nombor perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning objectives: Pecahan Tak Wajar
Ø  Tahun 4: Penambahan nombor perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning Objectives:  Nombor bercampur
Ø  Tahun 4 Learning Outcomes :Menukar pecahan kepada perpuluhan -Decimal numbers


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.7 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.8 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning Objectives: Menambah dua nombor bercampur
Ø  Tahun 4 Learning Outcomes : Mengenal nilai tempat-Decimal numbers


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.5 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.6 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning Objectives: Menolak dua nombor bercampur
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 7.3 Perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning objectives Pendaraban pecahan
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 7.2 Perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 6 Learning objectives Pembahagian pecahan
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 7.1 Perpuluhan