Saturday, December 31, 2011

TUGASAN SEM 5 - RBT 3119 PENDIDIKAN PERNIAGAAN dan KEUSAHAWANAN


Pn. Arfah bt Karim
arfahkarim@yahoo.com

TARIKH MULA Disember 2011
TARIKH HANTAR Mac 2012

Tugasan Projek (50%)

Untuk terus kompetitif, perniagaan perlu meletakkan keluarannya sebagai produk yang amat releven dalam kehidupan pengguna. Justeru, rancangan pemasaran perlu disediakan bagi menjamin kejayaan strategi pemasaran yang dirancang berdasarkan penyelidikan pemasaran yang dijalankan dan. seterusnya, menjadi alat kawalan kepada agihan sumber perniagaan secara cekap dan berkesan.

Dalam kumpulan berlima dan bertindak sebagai konsultan, hasilkan satu portfolio rancangan pemasaran yang sistematik dan bersepadu bagi membantu perniagaan yang menghadapi masaalah daya saing untuk terus kompetitif dalam dunia perniagaan. Rancangan pemasaran perlu mengambil kira komponen penting di bawah:

1. Ringkasan eksekutif
2. Situasi pemasaran masa kini
3. Ancaman dan peluang
4. Objektif dan isu
5. Strategi pemasaran
6. Program pemasaran
7. Belanjawan tindakan
8. Kawalan

Bagi menghasilkan projek ini, anda diminta:
1. Mengumpul bahan-bahan rujukan yang berkaitan.

2. Mengenalpasti perniagaan kategori tidak berdaya saing yang sedia menerima khidmat konsultansi anda.

3. Mengenalpasti amalan perniagaan, membuat analisis situasi pasaran dan pemasaran, membuat perbandingan persekitaran perniagaan serta menjalankan analisis ‘SWOT’ bagi perniagaan yang dipilih.

4. Merancang strategi pemasaran, campuran pemasaran, belanjawan pemasaran dan pelan tindakan pemasaran.

Panduan Pelaksanaan Kerja Kursus

1. Tugasan ini dibuat secara berkumpulan.

2. Kajian terhadap aspek pemasaran bagi produk yang dipasarkan oleh perniagaan.

3. Panjang tugasan tidak kurang dari 15 muka surat, tidak termasuk lampiran dan bibliografi.

4. Format tugasan penulisan adalah seperti berikut:
i. Font Arial
ii. Saiz huruf ialah 12
iii. Langkau satu setengah baris
iv. Rujukan mengikut format APA
v. Lampiran

5. Anda digalakkan membuat rujukan media elektronik dan media cetak. Sumber / bahan rujukan perlu dinyatakan.

6. Rajah atau gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai Lampiran.

7. Menyediakan refleksi kendiri yang ditulis secara individu.

8. Amalan plagiat tidak dibenarkan sama sekali.

9. Tugasan ini membawa markah 100 dan wajaran 50%