Saturday, December 31, 2011

TUGASAN SEM 5 - MTE 3108 KALKULUS

KOD KURSUS :MTE 3108
NAMA KURSUS :BASIC CALCULUS

TARIKH MULA :16 MAC 2012
TARIKH TAMAT :15 APRIL 2012

Tugasan Projek
Theorem Asas Kalkulus telah dikenali kerana ia menghubungkan dua cabang kalkulus, iaitu kalkulus pembezaan dan kalkulus kamiran. Kalkulus pembezaan terbit daripada masalah tangen manakala kalkulus kamiran terbit daripada masalah mencari luas. Guru kepada Newton di Cambridge, Isaac Barrow (1630 – 1677), menemui dua masalah dalam kalkulus adalah sangat berkaitan bahkan menyedari pembezaan dan kamiran adalah proses songsangan. Theorem Asas Kalkulus menunjukan hubungan songsang yang jelas antara pembezaan dan kamiran. Newton dan Leibniz menggunakan hubungan antara pembezaan dan kamiran untuk membina kalkulus sebagai kaedah matematik yang sistematik. Secara khusus mereka melihat Theorem Asas Kalkulus membolehkan mereka mengira luas dengan kaedah kamiran adalah mudah tanpa perlu menggunakan limit bagi suatu jumlah Dalam projek ini, anda dikehendaki membina pemahaman yang mendalam bagi Theorem Asas Kalkulus melalui penerokaan hubungan antara pembezaan dan kamiran sebagai proses songsangan. Penggunaan teknologi seperti Geometer’s Sketchpad dan Kalkulator Sainstifik amat perlu bagi menyiapkan projek ini.

Panduan
1. Mini projek ini hendaklah dilaksanakan secara individu dan berpasangan.

2. Buat nota ringkas dari beberapa sumber tentang kalkulus kamiran dan hubungannya dengan kalkulus pembezaan

3. Buat refleksi dan beri pandangan anda tentang tugasan ini.