Saturday, January 16, 2010

TUGASAN MAB SEM 1


Pn. Che Harithun

TUGASAN MURID DAN ALAM BELAJAR

1) TUGASAN INDIVIDU

Terdapat pelbagai kaedah dan teknik pembelajaran terkini. Layari internet dan / atau buat rujukan tambahan tentang strategi / kaedah / teknik pengajaran dan pembelajaran terkini.
a) Kumpulkan sekurang-kurangnya DUA strategi / kaedah / teknik pengajaran dan pembelajaran terkini. Catatkan rujukannya.
b) Buat satu esei bagaimana untuk mengaplikasikan strategi / kaedah / teknik pengajaran dan pembelajaran tersebut dalam sesi pengajaran anda kelak.

2A) TUGASAN KUMPULAN KERJA KURSUS PENDEK

Anda dikehendaki membentuk 5 kumpulan.
Setiap kumpulan perlu membentangkan tajuk yang telah ditetapkan dalam Lampiran 1.
Terdapat 5 tajuk pembentangan. Setiap kumpulan akan memilih satu tajuk. Kupasan pembentangan perlulah jelas dan menepati kehendak soalan.

Arahan :

1. Libatkan semua ahli kumpulan dalam pembentangan.
2. Anda diberikan masa 20 minit untuk membentang tajuk yang diberikan.
3. Markah akan diberikan berdasarkan isi kandungan yang menepati kehendak soalan, aplikasi atau cadangan yang diberikan , kreativiti dan kerjasama antara ahli kumpulan.

a) Pilih satu permainan tradisional. Demonstrasikan cara permainan dan bincangkan kepentingannya kepada perkembangan intelek, sosioemosi dan fizikal kanak-kanak.

b) Berikan penerangan tentang prinsip 5E dalam Teori Konstruktivisme. Cadangkan aplikasi prinsip tersebut dalam pengajaran dan pembelajaran.

c) Kenalpasti elemen-elemen bestari yang terdapat dalam sesi pengajaran dan pembelajaran dalam klip video “Pengajaran Abad ke-21” yang ditayangkan. Bincang bersama ahli kumpulan dan bentangkan.

d) Bentangkan cadangan mengaplikasikan Teori Pelbagai Kecerdasan dalam pengajaran dan pembelajaran berdasarkan subjek major anda.

e) Rekabentuk satu pelan persekitaran pembelajaran yang kondusif dalam bilik darjah dengan menerapkan maklumat dan ilmu yang dipelajari sepanjang interaksi. Bentangkan.

2B) TUGASAN KUMPULAN KERJA KURSUS PENDEK

Dalam kumpulan 4 hingga 5 orang, sediakan folio berdasarkan tajuk-tajuk di bawah. Anda dikehendaki mengumpul maklumat daripada pelbagai sumber, bincang dan buat nota hasil daripada perbincangan anda.

Arahan :

1. Tugasan dilakukan dalam kumpulan 4-5 orang.
2. Kumpulkan bahan mengikut tajuk yang ditetapkan. Setiap tajuk perlu disimpulkan dengan nota ringkas/ nota grafik yang kemas, jelas dan relevan dengan tajuk.
3. Penulisan menggunakan kertas A4 dengan font Arial saiz 12
4. Bahan rujukan hendaklah dinyatakan dengan jelas dan lampiran bahan perlu disertakan.

i. Teori Pembelajaran Behavioris

ii. Teori Pembelajaran Kognitif

iii. Teori Pembelajaran Konstruktivis

iv. Teori Pembelajaran Humanis