Wednesday, December 26, 2012

TUGASAN SEM 7 - BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

                                   Encik Ab Rahim b Md. Yasin
                                   En. Kamaruddin b Tahir
                                  Pn. Zaleha bt Fadzil




INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (PROJEK)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 7, (Ambilan November 2009)
KURSUS : PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU  SEKOLAH RENDAH (BMM 3103 )



Tarikh Mula     : 22 Disember 2012
Tarikh Hantar   : 22 Januari 2013


SOALAN:     
Kandungan kursus ”Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah” merangkumi konsep dan prinsip pengujian, penilaian, dan pengukuran, teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor, jadual spesifikasi ujian dan pembinaannya, pembinaan ujian, pemarkahan dan markat, jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan tatabahasa. Satu kerja kursus projek diberi kepada pelajar untuk mencapai tujuan agar pelajar dapat:
1.      Menghuraikan konsep penilaian, pentaksiran dan pengujian berdasarkan Taksonomi Bloom.
2.      Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu
3.      Membina satu set soalan peperiksaan akhir tahun  mengikut aras Taksonomi Bloom

Secara individu anda dikehendaki :
            1.         Menghurai konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian berdasarkan Taksonomi Bloom.
            2.         Membina jadual spesifikasi ujian Bahasa Melayu mengikut aras Taksonomi Bloom.
            3.         Membina satu set soalan peperiksaan akhir tahun  mengikut aras Taksonomi Bloom
            4.         Dengan menggunakan ‘MS Power point’ bentangkan tugasan yang telah disediakan.

 PANDUAN

  1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.
  2. Hasil Kerja Kursus Projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
  3. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan  APA bibliografi.
  4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran.)
  5. Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan.
  6. Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat berikut:
    • Nama Pelajar
    • Angka Giliran
    • No. Kad Pengenalan
    • Kumpulan/Unit
    • Kod dan Mata Pelajaran
    • Nama Pensyarah Pembimbing
    • Tarikh Serahan