Wednesday, December 26, 2012

TUGASAN SEM 7 - MTE 3113 KAJIAN TINDAKAN 1

                                   Pn. Hilezan bt Zainal
                                   Pn. Wan Noor Adzmin bt Mohd. Sabri



TAJUK PROJEK
Menyediakan SATU kertas cadangan Penyelidikan Tindakan berdasarkan  persoalan kajian yang anda kenal pasti.           

TUGASAN PROJEK
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH (MATEMATIK PENDIDIKAN RENDAH)
AMBILAN NOVEMBER 2009

Penyelidikan Tindakan sebagai medium bagi meningkatkan profesionalisme guru, ia merupakan salah satu reka bentuk kajian penyelidikan yang digunakan untuk menilai amalan penyelidik sendiri iaitu sama ada proses pengajaran dan pembelajaran yang dilaksanakan telah dapat mencapai objektif yang ditetapkan.  Amalan ini akan memberi impak yang positif  ke arah peningkatan amalan pedagogi dan inovasi dalam kalangan guru.  Keupayaan intelek guru juga boleh dibina sejajar dengan perkembangan ilmu keguruan dan transformasi pendidikan masa kini.

1.            Tugasan ini  adalah secara individu
2.            Anda dikehendaki:

i)      Menganalisis dan membincang isu-isu semasa dalam pendidikan yang boleh diselidik melalui penyelidikan tindakan di sekolah anda
ii)             Mencari dan membaca sumber-sumber rujukan penyelidikan utama berkaitan dengan fokus kajian anda
iii)            Merangka penyelidikan tindakan berkaitan dengan masalah yang anda kenal pasti di sekolah
iv)           Menulis kertas cadangan penyelidikan tindakan,

3.            Laporan anda perlu di taip menggunakan font Arial, saiz 12 dan baris langkauan 1.5
4.            Semua rujukan anda perlu mengikut format APA.
5.            Muka hadapan kertas cadangan anda perlu mengandungi:

5.1  Nama pelajar
5.2  Nombor matrik
5.3  Nombor kad pengenalan
5.4  Unit/kumpulan
5.5  Kod dan nama mata pelajaran
5.6   Nama pensyarah
5.7  Tarikh hantar

6.            Kertas cadangan anda perlu mengikut format berikut:

6.1  Tajuk Kajian
6.2  Nama penyelidik
6.3  Nama institusi
6.4  Isi kandungan:
6.3.1 Pendahuluan
6.3.2 Fokus kajian
      a) Tinjauan masalah
      b) Analisis Masalah
6.3.3 Objektif kajian/soalan kajian
6.3.4 Tinjauan Literatur
6.3.5 Kumpulan sasaran
6.3.6 Tindakan yang dicadangkan.
a)    Perancangan Tindakan
b)    Perancangan Cara Mengumpul Data
c)    Perancangan Cara Menganalisis Data
d)    Perancangan   Pelaksanaan   Tindakan
·         Jadual  pelaksanaan / Carta GANTT

7.  Kertas cadangan anda mesti mengandungi 10 -12 muka surat
8.  Anda juga dikehendaki menulis satu laporan refleksi yang meliputi proses sebelum, semasa dan selepas penulisan kertas cadangan.
9.  Pada akhir projek, anda perlu menghantar:
9.1          folio yang mengandungi:
                        -bahan rujukan
                        -peta minda daripada bahan bacaan anda
                        -refleksi projek
                        - lampiran
                       9.2         kertas cadangan penyelidikan tindakan
 
MULA : 24 DIS 2012, HANTAR : 15 FEB 2013

TUGASAN SEM 7 - MTE 3112 AMALAN PENTAKSIRAN DALAM MATEMATIK

                                     Pn. Parimalarani Sivasubramaniam
                                      Cik Tan Kim Lan



TUGASAN SEM 7 - MTE 3111 MENGAJAR GEOMETRI, PENGUKURAN DAN PERWAKILAN DATA

                         Cik Nellie Gan Hong Suan
                          Pn. Kamariah Bujang

TUGASAN SEM 7 - BMM 3103 PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU SEKOLAH RENDAH

                                   Encik Ab Rahim b Md. Yasin
                                   En. Kamaruddin b Tahir
                                  Pn. Zaleha bt Fadzil




INSTITUT PENDIDIKAN GURU MALAYSIA
KAMPUS PENDIDIKAN TEKNIK

TUGASAN KERJA KURSUS BERASASKAN ILMU (PROJEK)
PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU SEKOLAH RENDAH
SEMESTER 7, (Ambilan November 2009)
KURSUS : PENTAKSIRAN BAHASA MELAYU  SEKOLAH RENDAH (BMM 3103 )



Tarikh Mula     : 22 Disember 2012
Tarikh Hantar   : 22 Januari 2013


SOALAN:     
Kandungan kursus ”Pentaksiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah” merangkumi konsep dan prinsip pengujian, penilaian, dan pengukuran, teori-teori kognitif, afektif dan psikomotor, jadual spesifikasi ujian dan pembinaannya, pembinaan ujian, pemarkahan dan markat, jenis dan kaedah penilaian kemahiran bahasa dan tatabahasa. Satu kerja kursus projek diberi kepada pelajar untuk mencapai tujuan agar pelajar dapat:
1.      Menghuraikan konsep penilaian, pentaksiran dan pengujian berdasarkan Taksonomi Bloom.
2.      Membina jadual spesifikasi ujian dan soalan ujian Bahasa Melayu
3.      Membina satu set soalan peperiksaan akhir tahun  mengikut aras Taksonomi Bloom

Secara individu anda dikehendaki :
            1.         Menghurai konsep pentaksiran, pengujian dan penilaian berdasarkan Taksonomi Bloom.
            2.         Membina jadual spesifikasi ujian Bahasa Melayu mengikut aras Taksonomi Bloom.
            3.         Membina satu set soalan peperiksaan akhir tahun  mengikut aras Taksonomi Bloom
            4.         Dengan menggunakan ‘MS Power point’ bentangkan tugasan yang telah disediakan.

 PANDUAN

  1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.
  2. Hasil Kerja Kursus Projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
  3. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan  APA bibliografi.
  4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran.)
  5. Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan.
  6. Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat berikut:
    • Nama Pelajar
    • Angka Giliran
    • No. Kad Pengenalan
    • Kumpulan/Unit
    • Kod dan Mata Pelajaran
    • Nama Pensyarah Pembimbing
    • Tarikh Serahan