Saturday, July 7, 2012

TUGASAN SEM 6 RBT 3120

                                                                En. Mohd Asri b Aziz
                                                          Dr. Hj. Mohd Nordin b Bakar
                                                              Pn. Rosmarina bt Khariri
                                                                Pn. Noraini bt Kadir
Pn. Normah bt Abd Rahman
 




TUGASAN SEM 6 MTE 3110 LINEAR ALGEBRA


Pn. Helizan Zainal 
 
A.  Peta Minda  (Individu 30%)
Kursus ini membekalkan pelajar dengan pengetahuan tentang persamaan dan ketaksamaan linear. Tugasan ini memerlukan pelajar memahami secara mendalam mengenai persamaan dan ketaksamaan linear.
Sub tugasan
1.         Anda dikehendaki membina   peta minda.
2.         Peta minda anda perlu merangkumi tajuk-tajuk berikut:
2.1             Sistem Persamaan dan Ketaksamaan Linear
                                  2.1.1 Menyelesaikan persamaan linear
                                         2.1.1.1 Kaedah Penghapusan
                              2.1.1.2 Kaedah Gantian
                              2.1.1.2 Kaedah Gauss - Jordan

                                2.1.2  Ketaksamaan linear dan pengaturcaraan linear
                              2.1.2.1 Sistem homogen
                              2.1.2.2 Penggunaan persamaan dan ketaksamaan linear
3.         Kumpulkan maklumat daripada sekurang-kurangnya tiga jenis sumber seperti buku, modul-modul dan laman sesawang  berkaitan.

 
B. Tajuk  :      Aliran Trafik  bagi satu kawasan terpilih   (Berpasangan 70%)                                                             
Gambarajah di bawah menunjukkan aliran trafik di sebuah pekan. Anggapkan aliran sentiasa positif.

(i)            Bentukkan sistem persamaan linear dengan x1,x2 ,x3 dan x4 .
(ii)           Dapatkan penyelesaian yang optimum bagi sistem persamaan linear dengan menggunakan operasi baris permulaan.
(iii)          Anda juga dikehendaki  menyelesaikannya dengan menggunakan perisian komputer  dengan menggunakan perisian Linear Algebra Toolkit yang boleh diakses melalui laman web http://www.math.odu.edu/~bogacki/lat/ .
(iv)         Buat perbandingan  di antara kaedah penyelesaian secara manual dengan penyelesaian menggunakan perisian komputer. Huraikan kekuatan dan kelemahan setiap kaedah yang anda telah gunakan.
(v)          Jika aliran trafik ke dihadkan kepada 22 buah kereta sejam. Apakah perubahan aliran trafik pada AB?
(vi)         Apakah julat bagi aliran trafik melalui AB?
Aspek-aspek terperinci mengenai tugasan
i.          Anda perlu menjalankan kerja kursus ini secara  individu bagi tugasan A dan berpasangan bagi tugasan B
ii.          Tugasan ini perlu di hantar dalam bentuk folio yang mengandungi perkara-pekara berikut:
·         Profil Pelajar
·         Isi Kandungan
·         Pelan Tindakan Tugasan
·         Pengenalan
·         Peta Minda
·         Penutup/Rumusan
·         Refleksi individul
·         Bibliografi
·         Borang kolaborasi

           iii.        Tulis refleksi individu mengenai pengalaman anda sepanjang pejalanan projek ini.
Garis Panduan
·         Format laporan : font Arial  saiz 12 dengan langkau baris 1.5
·         Bibliografi : Rujuk Format APA
·         Plagiarisma tidak dibenarkan
·         Hantar tugasan anda dalam bentuk hard copy dan soft copy
·         Muka depan laporan adalah seperti berikut;
§  Logo dan nama institut
§  Nama pelajar .
§  Nombor Angka Giliran
§  Nombor Kad Pengenalan
§  Kumpulan/unit
§  Nama Pensyarah
§  Tarikh Hantar

·         Tarikh hantar : 24 OGOS  2012

TUGASAN SEM 6 MTE 3109 – MENGAJAR NOMBOR, PECAHAN, PERPULUHAN DAN PERATUS

 Pn. Tengku Noor Zima
Pn. Parimalarani

Kerja kursus ini memberi pengalaman mengajar yang baik bagi tajuk nombor, pecahan, perpuluhan  dan peratus. Ia meliputi aspek-aspek yang berkaitan dengan perkembangan konsep kanak-kanak, aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta pembinaan bahan bantu mengajar untuk topik-topik ini.
Bagi projek ini, anda dikehendaki untuk merancang dan melaksanakan beberapa aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang sesuai berserta dengan bahan bantu mengajar untuk digunakan bersama aktiviti p&p yang dirancang.  Pelajar dikehendaki membentang tugasan mereka melalui sesi pengajaran mikro dalam kelas. Pelajar juga perlu membuat suatu refleksi keseluruhan berdasarkan pengalaman anda melalui kerja kursus ini. Wajaran markah untuk kerja kursus ini ialah 60% daripada jumlah markah penilaian  kursus ini.

Bagi melengkapkan projek ini, berikut adalah senarai tugas secara terperinci yang perlu dilaksanakan.  Anda akan laksanakan tugasan ini dalam kumpulan dua orang.

1.            Rekacipta  empat aktiviti  pengajaran dan pembelajaran dan satu permainan
matematik untuk  topik nombor, pecahan, perpuluhan dan peratus seperti berikut :
Dua aktiviti bagi topik Nombor,
Dua aktiviti bagi topik  Pecahan, Perpuluhan atau Peratus,
Satu permainan dari mana-mana topik.

2.            Agihan topik dan kemahiran akan dibuat oleh pensyarah.

3.            Setiap aktiviti perlu dihuraikan mengikut format di bawah:
            (i)         Topik
            (ii)        Objektif
            (iii)       Tahap
            (iv)       Bahan-bahan ( nama bahan bantu utama dan bahan/alat lain yang
diperlukan untuk menjayakan aktiviti)
            (v)        Prosedur melaksanakan aktiviti (berserta illustrasi)

4.            Bina juga satu set bahan bantu mengajar yang akan membantu pengajaran
aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam (1) .
      Bahan bantu tersebut mesti menepati ciri-ciri berikut:
·         Menarik, versatil, mudah alih, boleh digunakan semula, tahan, berkualiti, kos rendah dan efektif.

5.            Permainan matematik harus menarik, hasil idea dan kreativiti sendiri dan
bahan-bahannya disediakan dalam kuantiti yang mencukupi untuk satu kumpulan 5-6 pelajar bermain.
6.   Laksanakan sebarang 2 aktiviti pengajaran dan pembelajaran serta
      permainan matematik dalam sesi pengajaran mikro dalam kelas.

7.   Tulis refleksi berdasarkan pengalaman anda sepanjang kerja kursus ini. Dalam refleksi anda, bincangkan kesesuaian, kekuatan, kelemahan dan penambahbaikan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dan  permainan matematik kumpulan anda. Bincangkan juga keberkesanan bahan bantu mengajar anda. 

8.   Setiap kumpulan juga perlu menghantar borang kolaborasi sebagai bukti kerjasama antara ahli kumpulan.

9.   Semua bahan yang dirujuk mesti disertakan sebagai bukti pencarian maklumat.

10. Bibliografi mesti dicatatkan mengikut format APA. Gunakan fon Arial, saiz 12 dan jarak 1.5.

10. Hantar laporan kerja kursus bersama bahan bantu mengajar. Sertakan juga  gambarfoto aktiviti dan gambarfoto bahan bantu mengajar. Laporan mesti mengandungi:

            (i)         Mukasurat kandungan                               (vi)       Refleksi
(ii)        Biodata pelajar                                             (vii)      Borang Kolaborasi
            (iii)       Pengenalan                                                  (viii)     Rujukan
            (iv)       Aktiviti pengajaran dan pembelajaran     (ix)       Lampiran -  gambarfoto
            (v)        Permainan matematik

      11. Satu salinan softcopy kerjakursus juga perlu dipautkan dalam bentuk cd.

AGIHAN TAJUK :


Standard Kandungan


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 3.1 Pecahan
Ø  Tahun 6 Learning objectives : Menghubungkait pecahan dan perpuluhan kepada peratus


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 4.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 6.1 Pecahan
Ø  Tahun 5 Learning objectives Menghubungkait pecahan dan perpuluhan kepada peratus


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 6.2 Pecahan
Ø  Tahun 5 Learning objectives: Memahami dan menggunakan peratusan


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 5.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 6.3Pecahan
Ø  Tahun 5 Mengenal nilai tempat perseribu


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 4 Learning Objectives: Menyatakan pecahan setara untuk pecahan wajar
Ø  Tahun 4 Pembahagian nombor perpuluhan


Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 4 Learning Objectives: Menambah pecahan wajar
Ø  Tahun4 Pendaraban nombor perpuluhan





Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 1.5 Nombor bulat
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 2.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 4 Learning objectives: Menolak pecahan wajar
Ø  Tahun 4 Penolakkan nombor perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning objectives: Pecahan Tak Wajar
Ø  Tahun 4: Penambahan nombor perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 2.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning Objectives:  Nombor bercampur
Ø  Tahun 4 Learning Outcomes :Menukar pecahan kepada perpuluhan -Decimal numbers


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.7 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.8 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning Objectives: Menambah dua nombor bercampur
Ø  Tahun 4 Learning Outcomes : Mengenal nilai tempat-Decimal numbers


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.5 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.6 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning Objectives: Menolak dua nombor bercampur
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 7.3 Perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.3 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.4 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 Learning objectives Pendaraban pecahan
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 7.2 Perpuluhan


Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.1 Nombor bulat
Ø  Tahun 1 Standard Kandungan 1.2 Nombor bulat
Ø  Tahun 5 6 Learning objectives Pembahagian pecahan
Ø  Tahun 2 Standard Kandungan 7.1 Perpuluhan





TUGASAN SEM 6 BMM 3104 KEMAHIRAN MENDENGAR BERTUTUR MEMBACA DAN MENULIS

Pn. Zaleha bt Fadzil
 En. Ab Rahim
En. Kamaruddin

SOALAN:                                                                             
1.        Kandungan kursus ”Pengajaran  Kemahiran Bahasa Melayu Sekolah Rendah”  menghuraikan kemahiran mendengar dan bertutur, kemahiran membaca, pendekatan dan kaedah pengajaran bacaan, teknik pengajaran kemahiran membaca, penyediaan rancangan pelajaran kemahiran membaca, penilaian kemahiran membaca, kemahiran menulis, pendekatan pengajaran kemahiran menulis, kemahiran mengarang, prosedur pengajaran dan penyediaan bahan bantu mengajar dan penilaian pengajaran kemahiran menulis.

            Secara individu  anda dikehendaki:
i.    Menjelaskan  Konsep, Objektif , Proses dan Bentuk Kemahiran Mendengar dan Bertutur.
ii.   Menghurai peringkat penguasaan , Unsur dan Faktor Keberkesanan serta Prinsip Pengajaran yang  merangkumi  pendekatan,    
                  kaedah dan teknik pengajaran yang sesuai.
ii.   Menyediakan satu rancangan pengajaran dan pembelajaran berdasarkan aktiviti mendengar dan bertutur, objektif, langkah-langkah
      sebelum, semasa dan selepas aktiviti pengajaran dan pembelajaran, prinsip pembinaan dan penggunaan  
      bahan pengajaran dan pembelajaran berserta bahan  sumber yang sesuai  dalam pengajaran-pembelajaran  Bahasa Melayu di dalam    
      bilik darjah.
            iii.  Dengan menggunakan ‘MS Power point’ bentangkan tugasan yang telah disediakan.

PANDUAN

  1. Tugasan ini hendaklah dilaksanakan secara individu.
  2. Hasil Kerja Kursus Projek hendaklah bertaip menggunakan font jenis Arial, saiz 12 dan langkau satu setengah baris.
  3. Sumber bahan/rujukan perlu dinyatakan mengikut format penulisan  APA.
  4. Rajah, jadual dan gambar hendaklah dilabelkan, dinomborkan dan dimasukkan dalam senarai (lampiran.)
  5. Sumber maklumat dalam penulisan perlu dinyatakan.
  6. Bahagian kulit luar dilengkapkan dengan maklumat  berikut:
    • Nama Pelajar
    • Angka Giliran
    • No. Kad Pengenalan
    • Kumpulan/Unit
    • Kod dan Mata Pelajaran
    • Nama Pensyarah Pembimbing : Pn. Zaleha binti Fadzil, En. Kamarudin bin Tahir dan  En. Ab Rahim bin Md Yasin